| Event Date | 15-09-2026 |
15 September 2026, Melaka - Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pertandingan tahun ini mencatatkan penyertaan tertinggi sepanjang penganjuran dengan 10,494 peserta, sekali gus membuktikan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara terus subur dan berkembang.Lebih daripada sekadar pertandingan pidato, program ini menjadi wadah pendidikan kenegaraan yang memberi ruang kepada peserta untuk memahami, menafsir dan menyampaikan makna Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Rukun Negara bukan sekadar untuk dilafazkan, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan. Inilah nilai yang membentuk jati diri rakyat serta menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu dan berdaulat.Dengan Rukun Negara sebagai teras, Perlembagaan Persekutuan sebagai landasan dan perpaduan sebagai kekuatan, Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang kukuh, progresif dan berdaya tahan.