| Event Date | 14-07-2025 |
14 Julai 2025, Kuala Lumpur – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memperkenalkan Program Citra Negaraku bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai kenegaraan dan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Kuala Lumpur, hari ini.
YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “Melalui inisiatif seperti Program Citra Negaraku dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), mahasiswa dilatih bukan hanya sebagai penyelaras program, tetapi sebagai penggerak utama dasar perpaduan negara di peringkat akar umbi”.