| Event Date | 01-08-2026 |
1 Ogos 2026, Pulau Pinang - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial (DARES@Komuniti) Peringkat Kebangsaan 2026. Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, hari ini.
Membawa tema “Teguh Bersama: Mengakar Jati Diri, Mengukuh Negara Bangsa”, program ini bertujuan untuk menyediakan ruang dialog inklusif bagi memperkukuh kesepaduan sosial, meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu perpaduan serta membudayakan penyelesaian konflik secara aman. Pada tahun ini, program DARES @Komuniti dilaksanakan di lima (5) buah lokasi iaitu Johor, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kelantan.
YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya menegaskan bahawa kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bahasa merupakan aset terbesar negara, namun cabaran keharmonian kini banyak berpunca daripada ruang digital yang menjadi medium penyebaran fitnah, ujaran kebencian, provokasi agama dan perkauman.