SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP)

Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP)

Event Information

Event Date 22-08-2026
WhatsApp Image 2026 08 23 At 005104 1

22 Ogos 2026, Sabah - Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP) akan diperluaskan melalui GRIP @ Prasekolah, GRIP @ Murid dan GRIP @ Komuniti bermula tahun hadapan. YBrs.Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Perpaduan Negara mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan  Majlis Perasmian Penutupan Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP) Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

GRIP merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi  membina kefahaman, memperkukuh hubungan silang budaya, menyemai semangat kenegaraan serta membentuk generasi muda yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap perpaduan negara.

YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “Pendekatan ini membolehkan nilai perpaduan dapat diterapkan sejak usia awal, diperkukuh dalam kalangan pelajar dan seterusnya diperluaskan kepada masyarakat termasuk pemimpin komuniti pelbagai etnik dan agama selari dengan mandat Kementerian Perpaduan Negara dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)”.

“Generasi muda terus menjadi fokus utama Kerajaan MADANI dalam agenda perpaduan negara kerana mereka yang sedang membentuk wajah Malaysia masa hadapan. Dalam era digital dan media sosial yang pantas, kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai jati diri nasional yang kukuh, memahami Perlembagaan Persekutuan, menghayati Rukun Negara, menghargai kepelbagaian serta mampu berinteraksi dan mengurus perbezaan secara matang dan berhemah,” tambah beliau.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In