Event Date | 26-04-2025 |
26 April 2025, Kuala Lumpur - Program Jejak Harmoni Metasemesta dan Dialog Harmoni Tahun 2025 yang dirasmikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara hari ini menjadi medan penting dalam memupuk kefahaman antara budaya dan memperkukuh perpaduan nasional.
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan memainkan peranan signifikan dalam mengekalkan keharmonian sosial, antaranya menerusi pemantauan sentimen masyarakat, pembangunan platform dialog maya, serta pembelajaran sepanjang hayat yang menjangkau pelbagai lapisan rakyat.