Event Date | 16-09-2025 |
16 September 2025, Pulau Pinang – Sebagai manifestasi penghargaan terhadap ketokohan, kepimpinan, sumbangan dan jasa Tun Abdullah, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyambut baik cadangan dan usaha bagi membina Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Program Mengenang Negarawan Tun Abdullah Ahmad Badawi: “Bapa Pembangunan Modal Insan” hari ini.
Dalam ucapannya, YB Datuk Aaron Ago Dagang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah meluluskan tanah bagi tapak pembinaan memorial tersebut di Vision Park, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kerajaan MADANI melalui KPN akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Arkib Negara Malaysia bagi merealisasikan pembinaan memorial tersebut yang bakal menjadi simbol legasi Tun Abdullah untuk tatapan dan dikenang oleh generasi yang akan datang.