Event Date | 22-12-2024 |
22 Disember 2024, Perak - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Mesra Muhibah Jalinan Muhibah Daerah Batang Padang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Lah, Chendriang.
Beliau turut menyatakan agar Kelompok Jiran Warga Emas membantu peranan KRT seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 8. Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) iaitu bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat.
Turut hadir,YBrs. Encik Mohamed Zaizulman bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Perak, Ketua dan Wakil Agensi Kerajaan Daerah Batang Padang, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Batang Padang dan Pengerusi JPKK dan Tok Batin Mukim Chenderiang.