Event Date | 24-01-2024 |
24 Januari 2024, Selangor - Program Ramah Mesra YBhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bersama Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang, Selangor Darul Ehsan.
Dalam program tersebut, YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof turut menyampaikan geran rukun tetangga berjumlah RM6,000.00 kepada Encik Rahiman Bin Ishak, Pengerusi KRT Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.