| Event Date | 04-09-2026 |
4 September 2026, Perlis - YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Program Santuni Komuniti Pelajar Tajaan Yayasan Angkasa Bersama Keluarga Angkat & Sumbangan Bakul Makanan Asas Komuniti di Dewan Tuanku Syed Putra, MRSM Beseri, Perlis.
Tahniah kepada para pelajar tajaan Yayasan ANGKASA sesi pengambilan 2025 yang menyertai Program Santuni Komuniti bersama Keluarga Angkat di Perlis! Selama empat hari tiga malam, para pelajar berpeluang tinggal bersama keluarga angkat, menyelami kehidupan masyarakat setempat, memahami budaya dan nilai kekeluargaan, serta membina hubungan erat merentas latar belakang.
Turut diadakan sesi penyerahan bakul makanan asas kepada komuniti sebagai simbol semangat keprihatinan dan saling membantu dalam masyarakat.Kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negara dan Yayasan ANGKASA ini membuktikan bahawa kekuatan institusi, komuniti dan kerajaan mampu digembleng demi manfaat yang lebih besar kepada rakyat, melahirkan generasi muda berjati diri, berjiwa besar dan berpegang teguh kepada semangat perpaduan.