Event Date | 17-05-2025 |
17 Mei 2025, Sabah - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Santuni MADANI bersama Komuniti Warga Perpaduan Tenom yang berlangsung meriah di Dewan Melalap, Tenom.
Program ini bukan sekadar simbol keprihatinan kerajaan, malah menjadi platform interaktif yang penuh warna-warni dengan pelbagai aktiviti komuniti dan pameran oleh KRT.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, program ini mengangkat nilai ihsan, hormat, kesejahteraan dan perpaduan sosial sebagai asas kukuh membina masyarakat yang inklusif, sejahtera dan harmoni.