Event Date | 06-08-2024 |
6 Ogos 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Program Sesi Bersama Menteri Perpaduan Negara dengan Peserta Advanced Leadership & Management Programme Siri 81. No.3/2024 bertempat di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tujuan program ini adalah untuk mempersiapkan para peserta dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi pemimpin yang hebat dan efektif dalam organisasi. YB Menteri turut berkongsi hala tuju Kementerian Perpaduan Negara yang telah diberikan mandat sebagai pemacu agenda perpaduan Negara dan integrasi nasional serta Konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian digunakan secara progresif untuk melestarikan keharmonian kepelbagaian masyarakat di Malaysia.