Event Date | 26-10-2024 |
26 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Program Singgah Santai@PNM 2024 bertemakan ‘Lestari Biodiversiti Ke Arah Masyarakat Harmoni’ di Menara Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Program yang dilaksanakan secara tahunan ini sangat signifikan sebagai platform penting dalam membentuk masyarakat Malaysia yang berbudaya membaca atau ‘Reading Society’ di samping menerapkan nilai-nilai dalam kalangan masyarakat khususnya memelihara kesejahteraan ekosistem dan alam sekitar.