Event Date | 26-12-2024 |
26 Disember 2024, Selangor - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah hadir melancarkan Program Tuition Mission Santuni MADANI: Bengkel Pecutan SPM, SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya, Selangor 2024 khususnya bagi pelajar-pelajar B40.
Inisiatif program telah ini mendapat kerjasama daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor (JPNIN Selangor) serta Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar dapat mengetahui format dan teknik menjawab soalan. Ia juga memberi motivasi agar lebih terbuka mindanya untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang dalam beberapa hari lagi. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2024.