Event Date | 06-08-2024 |
6 Ogos 2024, Kuala Lumpur - Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak bercemar duli menyempurnakan Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024 "Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies" bertempat di Azman Hashim Auditorium, ACE Conference Centre.
Menjunjung kasih Tuanku.
Persidangan yang dianjurkan di ACE Conference Centre Kuala Lumpur ini dianjurkan bertujuan untuk menyediakan platform bagi para peserta berkongsi idea dan pandangan termasuk dalam soal memelihara maruah diri, bertepatan dengan prinsip maqasid syariah.