| Event Date | 11-11-2026 |
11 November 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2026.
Sambutan ini bertujuan memperkukuh budaya integriti dan keberanian moral dalam kalangan warga kementerian, khususnya dalam mendepani cabaran era digital demi memelihara kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.
Turut berlangsung Peluncuran Buku Pelan Tindakan Antirasuah (OACP) KPN 2026–2030, Ceramah Integriti bertajuk “Pengkisahan Dari Tirai Besi” serta pameran dan reruai interaktif.