SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025

Event Information

Event Date 01-05-2025
WhatsApp Image 2025 05 01 At 132653 2

1 Mei 2025, Kuala Lumpur - YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah berlangsung dengan penuh meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap sumbangan besar para pekerja dalam pembangunan negara.

Dengan bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, sambutan ini menzahirkan penghargaan tertinggi negara kepada para pekerja yang menjadi teras utama kemajuan dan kemakmuran Malaysia. Tema ini mencerminkan peranan pekerja sebagai permata bangsa — berharga, bernilai, dan tidak ternilai dalam membina masa depan negara yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan. Dalam ucapan perasmian, YAB Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tonggak utama kepada pertumbuhan ekonomi dan kestabilan sosial negara.

Turut hadir, YBhg.Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In