| Event Date | 11-05-2026 |
10 Mei 2026, Sarawak - Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Zon Sarawak yang telah berlangsung selama dua hari sejak 9 Mei lalu telah melabuhkan tirainya hari ini dan berjaya mencatatkan kehadiran seramai lebih 30, 000 orang pengunjung. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, KanakKanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak di Boulevard Mall, Miri dan turut dihadiri YBhg Dato Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini telah berjaya menjadi wadah penyatuan rakyat berbilang kaum dengan menampilkan persembahan silang budaya yang melibatkan etnik di seluruh Sarawak.
YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, dalam ucapannya berkata, “Kita juga perlu memastikan generasi muda terus didedahkan dengan nilai perpaduan, semangat patriotisme dan penghayatan terhadap Rukun Negara supaya keharmonian yang dinikmati hari ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Justeru, nilai faham, hormat, terima dan meraikan yang menjadi asas kepada perpaduan negara perlu terus diperkasakan dalam kehidupan bermasyarakat”.