| Event Date | 23-04-2026 |
23 April 2026, Perak - Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Utara Tahun 2026 yang berlangsung bermula hari ini sehingga 26 April menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia, selaras dengan aspirasi membina sebuah negara bangsa yang bersatu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Stadium Indera Mulia.
Kementerian Perpaduan Negara bersama -sama PNM akan terus melipatgandakan pelaksanaan program galakan membaca di seluruh negara selari dengan matlamat Kerajaan iaitu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030.
Pelbagai pengisian program telah dirangka secara inklusif sepanjang sambutan ini, merangkumi aktiviti berteraskan ilmu, budaya, sukan dan hiburan seperti Bacaan Santai Kopi@Baca, Kembara Belia Cinta Ilmu, Pertandingan Pidato Negara Bangsa, Pesta Buku Perak, persembahan silang budaya serta aktiviti rekreasi yang menyatukan masyarakat.