Event Date | 18-01-2025 |
18 Januari 2025, Labuan - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke sesi lawatan tiga muzium di Labuan iaitu Muzium Chimney, Muzium Marin dan Muzium Labuan.
Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Kementerian Perpaduan Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sukarelawan Siswa
Muzium Chimney merupakan sebuah muzium tapak yang mempamerkan mengenai sejarah Tanjung Kubong dan sejarah perlombongan arang batu di Labuan pada sekitar tahun 1847 sehingga tahun 1911. Berkonsepkan pameran hidupan laut, Muzium Marin merupakan muzium pertama seumpamanya di Malaysia manakala Muzium Labuan merupakan sebuah bangunan berkonsepkan kolonial yang dibina ketika era pentadbiran British di Labuan sekitar 1950an sebagai Pejabat Pentadbiran British.