Event Date | 19-08-2024 |
19 Ogos 2024, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Sesi Pembentangan Cadangan Inisiatif Bajet 2025 yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan Malaysia.
Dalam pembentangan ini, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat cadangan berhubung program perpaduan, kesejahteraan komuniti, pendigitalan, pembaikan premis perpaduan, pendigitalan khazanah wariasan negara serta pemerolehan, pemeliharaan & pemuliharaan bahan arkib, muzium dan perpustakaan.
Turut hadir, YBhg.Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.