| Event Date | 01-08-2024 |
1 Ogos 2024, Negeri Sembilan - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Sesi Program Libat Urus Santuni MADANI.
Lawatan Tapak di Sekitar Kampung Mambau turut diisi dengan tinjauan Projek Ekonomi Komuniti Berdaya Saing, Sesi Santuni Masyarakat dan Sesi Dialog Libat Urus Masyarakat bersama YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi yang terlibat.