Event Date | 10-06-2025 |
10 Jun 2025, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hadir ke sesi taklimat oleh Institut Agro dan Keusahawanan (iGROW) berkenaan cadangan Program Rukun Tetangga Progresif Extra (RTP-XTRA).
Program ini berfokus kepada pemerkasaan ekonomi komuniti dan peningkatan tahap sara hidup rakyat.
Usaha ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperkukuh jalinan komuniti, memperluas peluang keusahawanan dan memastikan kesejahteraan rakyat secara inklusif.
Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyokong usaha-usaha berimpak tinggi yang mampu memacu komuniti ke arah yang lebih progresif dan berdaya tahan.