| Event Date | 04-03-2026 |
4 Mac 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang menetapkan hala tuju strategik negara bagi tahun 2026 dan seterusnya, dengan penekanan kepada kesejahteraan rakyat, integriti tadbir urus, keselamatan negara, reformasi institusi, pendidikan nasional serta pengukuhan perpaduan Persekutuan.
Pendekatan holistik ini harus berpandukan prinsip PUSH, iaitu keamanan (peace), perpaduan (unity), kestabilan (stability) dan keharmonian (harmony) sebagai tunjang kukuh dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Keempat-empat aspek ini saling melengkapi dan menjadi aspek utama dalam memastikan setiap warga berkongsi tanggungjawab serta aspirasi yang sama.
Selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), pada tahun ini Kementerian Perpaduan Negara akan memberikan penekanan utama terhadap usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah dan utuh.