Event Date | 15-07-2024 |
15 Julai 2024, Kuala Lumpur - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menjawab soalan yang diberikan oleh YB Dr. Siti Mastura Binti Muhamad (Kepala Batas) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas (2024).
Kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan perkhidmatan digital sejak tahun 2011 yang boleh diakses melalui Portal u-Pustaka (www.u-library.gov.my) secara 24/7 oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.
Sehingga Mei 2024, sebanyak 903,854 kandungan digital tersedia dalam portal ini, merangkumi e-buku, e-jurnal, e-artikel, e-pembelajaran, e-majalah, dan e-surat khabar.