SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Berkhatan Perdana

Majlis Berkhatan Perdana

Event Information

Event Date 13-12-2021
48f22449 16b6 493a Ab70 799c2db8c516

13 Disember 2021 – Sempena cuti sekolah panjang yang telah bermula pada 10 Disember 2021, KRT Kg Kuala Dulang Kechil bersama JPKK dan Sekolah Kebangsaan Dulang telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Majlis Berkhatan Perdana.

Majlis yang berlangsung di Dewan Kg Kuala Dulang Kechil ini telah disertai oleh 14 kanak-kanak yang berumur dari empat (4) sehingga sembilan (9) tahun. Acara dimulakan dengan pancutan air oleh jentera bomba untuk memandikan peserta secara beramai-ramai. Keseronokan seketika ini adalah untuk menghilangkan rasa gemuruh kanak-kanak tersebut. Mereka kemudian diarak dengan tandu ke bilik berkhatan yang disediakan.

Pelbagai gelagat peserta dan juga ibu bapa yang mencuit hati dapat dilihat sepanjang majlis ini berlangsung. Program sebegini merupakan salah satu inisiatif Jentera Perpaduan dalam mengeratkan perpaduan dikalangan komuniti setempat.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In