Event Date | 24-07-2021 |
Seramai 7 orang sukarelawan dari Unit Tindakan Komuniti di bawah MOVAK bertugas membantu melancarkan program pemberian vaksin COVID-19 di kalangan pengayuh beca dan pemandu teksi di Pulau Pinang.
Para penerima vaksin berharap dengan menerima suntikan vaksin ini dapat melindungi diri mereka dan para penumpang dari terkena jangkitan COVID-19.
Pasukan “Vaccinator” & Frontliners KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA memberikan perkhidmatan pemberian vaksin COVID-19 kepada seramai 420 orang penerima di sini.