Event Date | 23-07-2021 |
Team MOVAK Daerah Tuaran, Sabah telah menggerakkan sukarelawan Unit Tindakan Komuniti dalam membantu melancarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan warga emas, dan penduduk sekitar kampung yang terlibat. Seramai 4,072 orang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 yang berlangsung selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Julai 2021.
YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, YBhg Tuan Sadan Hj Hussain, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi CITF Daerah Tuaran dan Pegawai JPNIN Daerah Tuaran telah meluangkan masa melihat proses vaksinasi yang berlangsung di daerah ini.