Event Date | 23-07-2021 |
Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Felda Tun Ghafar Machap, Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah Melaka telah berlangsung pada 22 hingga 23 Julai 2021. Seramai 642 orang penduduk di kawasan sekitar telah mendapatkan suntikan vaksin dos yang pertama dan akan kembali di lokasi sama pada 16 hingga 17 Ogos 2021 untuk suntikan vaksin dos yang kedua.
Seramai 39 orang petugas yang terdiri daripada Sukarelawan MOVAK telah terlibat dalam menjayakan program ini. 5 buah kenderaan Mobilisasi Vaksinasi Komuniti (MOVAK) juga turut digerakkan bagi memudahkan 45 orang penerima vaksin yang tidak mempunyai pengangkutan untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.