Event Date | 28-07-2021 |
Program MOVAK di Masjid Ar Rahman telah berjaya berjaya mevaksinkan 300 orang yang terdiri dalam kalangan masyarakat setempat. Seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri dalam kalangan KRT telah melancarkan pelaksanaan MOVAK di Simpang Sanglang.
Turut hadir bagi meninjau pelaksanaan MOVAK di Simpang Sanglang adalah YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri, YB Puan Rozeanna binti Ahmad EXCO Pendidikan merangkap ADUN Pauh serta YB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, ADUN Sanglang. Tuan Zulkhairi Zainal telah menerangkan tatacara pelaksanaan MOVAK ini kepada tetamu kenamaan yang hadir bagi menyokong pelaksanaan MOVAK di Negeri Perlis.