This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI MAKLUMAT(CIO) KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA (KPN):
Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi;
Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;
Menentu hala tuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
Menganggotai Jawantankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha atau ketua jabatan/agensi;
Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change); dan
Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam
LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768. Hakcipta Terpelihara @ 2021 Kementerian Perpaduan Negara
Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?