

Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan (BWK) Tahun 2021 bertemakan "Wakaf Untuk Kemakmuran Bersama" telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 13 April 2021.
YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut hadir secara maya bersama YBhg. Tan Sri KSN dan barisan KSU daripada kementerian lain bagi memperkenalkan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020 - Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam Yang Berkhidmat Di Wilayah Persekutuan Dan Negeri. Pekeliling ini bertujuan untuk menggalakkan semua penjawat awam beragama Islam berwakaf secara tunai.