SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama

Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 09-06-2026
WhatsApp Image 2026 06 09 At 143836

9 Jun 2026, Kuala Lumpur - Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara serta 12 orang ahli majlis yang terdiri daripada tokoh-tokoh masyarakat pelbagai latar belakang.

Mesyuarat menjunjung kasih dan menyambut baik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan bahawa Rukun Negara wajib dihayati oleh setiap rakyat Malaysia sebagai  asas kepada kemakmuran negara, kestabilan politik serta keharmonian masyarakat majmuk.

Selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa, ahli-ahli MPPN menegaskan bahawa usaha memperkukuh perpaduan nasional perlu terus diperkasa berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Perpaduan Negara, khususnya dalam mendepani cabaran polarisasi sosial, penyebaran maklumat tidak sahih dan disrupsi digital yang semakin kompleks.

Bagi menyemai penghayatan Rukun Negara dan memperkukuh jati diri generasi muda sebagai pewaris negara bangsa, Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan pelbagai program strategik termasuk Gerak Integrasi Perpaduan, Jelajah Belia Rukun Negara, Pidato Rukun Negara dan Arkib@Sekolah.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet