SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Dasar & Inisiatif Arrow Dasar
Dasar Perpaduan Negara
(DPN)
Brosur Dasar Perpaduan Negara

 

Apakah itu Dasar Perpaduan Negara (DPN)?

Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur. DPN merupakan dasar pertama negara yang khusus kepada pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional.

Apakah prinsip utama dalam pembangunan DPN?

Tunjang kepada teras dan strategi DPN ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Sejarah dan semangat di sebalik Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat dan menjadi asas kepada semua dasar Kerajaan. DPN juga dibangunkan selaras dengan matlamat yang digariskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Apakah matlamat DPN yang ingin dicapai?

DPN mempunyai tiga (3) objektif yang ingin dicapai iaitu:

  1. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara;
  2. Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab; dan
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Bagaimanakah matlamat DPN akan dicapai?

Bagi mencapai objektif-objektif yang dinyatakan, DPN telah menggariskan tiga (3) teras perpaduan yang disokong oleh 12 strategi sebagai usaha untuk memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Tiga (3) teras perpaduan tersebut adalah :

  • Patriotisme dan Demokrasi
    1. Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup;
    2. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan Sejarah Malaysia; dan
    3. Memperkukuhkan Integrasi Nasional.
  • Identiti Nasional
    1. Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan;
    2. Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik; dan
    3. Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia.
  • Ekosistem Perpaduan
    1. Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran sosial dalam masyarakat;
    2. Mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan;
    3. Memperkasakan jentera perpaduan melalui kerjasama strategik;
    4. Memantapkan dan memperkasakan institusi keluarga dan komuniti;
    5. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang serta keberkesanan mekanisme pemantauan; dan
    6. Memperkukuh peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan.

Bagaimanakah DPN dibangunkan?

Bagi memastikan pembangunanan DPN adalah secara holistik serta menyeluruh, Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan sesi konsultasi bersama pelbagai pihak pemegang taruh termasuk Kementerian dan agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, pakar perpaduan serta jentera perpaduan di peringkat akar umbi termasuk wakil-wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).

Apakah manfaat Dasar ini kepada rakyat?

Dasar ini perlu dijadikan panduan kepada semua pihak; tidak kira Kementerian dan Agensi Kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat sivil serta seluruh rakyat Malaysia agar semua dapat memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan perpaduan berdasarkan kemampuan setiap golongan masyarakat.

Setiap rakyat Malaysia yang menghargai keharmonian negara seharusnya melibatkan diri dalam usaha untuk mencapai matlamat Dasar ini, demi kesinambungan dan generasi akan datang.

Dasar Perpaduan Negara adalah bagi manfaat setiap rakyat Malaysia. Agenda perpaduan negara memerlukan komitmen dan usaha semua pihak dan merupakan tanggungjawab bersama. Setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencapai agenda perpaduan di peringkat individu, keluarga dan komuniti.

Bilakah DPN ini dijangka siap untuk dilaksanakan?

Dasar ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Januari 2021 dan akan dilancarkan secara maya oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Februari 2021 bersekali dengan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030.

Dokumen ini boleh didapati di laman web Kementerian Perpaduan Negara dan dijadikan sebagai panduan kepada semua pihak; agensi Kerajaan, sektor swasta, NGO, masyarakat sivil dan rakyat keselurahannya.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet