Tarikh Program | 14-12-2022 |
14 Disember 2022, Putrajaya - Pada hari ini, Puspanita Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan aktiviti 'Bowling Fun Time' di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya. Peserta bukan sahaja dari kalangan kakitangan KPN dan agensi, tetapi ada juga wajah gembira kanak-kanak yang bermain bersama. Suasana riang dan sorakan gembira yang memenuhi ruang bowling itu sekaligus menaikkan lagi semangat berpasukan dan kebersamaan untuk beraksi dalam permainan.
.