| Tarikh Program | 18-11-2025 |
18 November 2025, Kuala Lumpur - Bengkel Pemantapan Strategi Yayasan Tunku Abdul Rahman diadakan bagi membincangkan hala tuju serta rangka tindakan yayasan dalam memacu pembangunan modal insan negara.
Sesi ini turut menjadi platform untuk menilai pencapaian semasa serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan.
Antara perkara utama yang diberi tumpuan ialah pengukuhan Biasiswa Tunku Abdul Rahman, pengembangan program Closing the Gap, serta pengukuhan inisiatif Future Ready bagi mempersiapkan anak muda menghadapi cabaran masa depan. Ketiga-tiga program ini dinilai semula bagi memastikan ia terus relevan dan memberi impak terbesar kepada golongan sasaran.
Yayasan ini akan terus komited melahirkan bakat muda berprestasi tinggi melalui peluang pendidikan berkualiti, bimbingan kepimpinan dan sokongan pembangunan profesional.