Tarikh Program | 06-01-2025 |
6 Januari 2025, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Bengkel Penyelarasan Gerak Kerja Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Aras 1, Blok F9.
Bengkel ini bertujuan untuk merancang pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2025 dengan lebih baik dan tersusun mengikut kehendak pemegang taruh.