Tarikh Program | 14-06-2025 |
14 Jun 2025, Sabah – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyampaikan ucaptama dalam program Community Based Security Management (CBSM) anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah yang bertujuan memperkukuh kerjasama komuniti dalam aspek keselamatan dan perpaduan sosial.
Program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk PERKESO melalui taklimat kerjaya MYFutureJobs, perkongsian ilmu oleh alumni, dan penyampaian sumbangan kepada pelajar asnaf SMK Merotai Besar. Pelbagai aktiviti seperti solat hajat, bacaan Yaasin, kuiz interaktif Kahoot dan cabutan bertuah turut memeriahkan suasana.
Kementerian Perpaduan Negara komited mendukung inisiatif yang memperkasakan komuniti tempatan dalam membina Malaysia MADANI yang lebih harmoni dan sejahtera.