| Tarikh Program | 08-10-2026 |
8 Oktober 2026, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah menyempurnakan Dialog Seri Negara 2026 bertemakan “Nationhood, Unity and Malaysia’s Shared Future” anjuran Chevening Alumni Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, yang buat julung kalinya berlangsung di Muzium Negara.
Dialog ini menjadi wadah bermakna untuk menyatukan pandangan dan memperkukuh wacana mengenai pembinaan negara bangsa, perpaduan serta masa depan Malaysia yang dikongsi bersama.
Sesungguhnya, membina sebuah negara bangsa bukanlah tanggungjawab satu pihak semata-mata. Ia merupakan amanah bersama yang perlu dipikul dengan hati yang terbuka, semangat kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.
Malaysia yang kita impikan ialah Malaysia yang setiap warganya berasa dihargai, setiap perbezaan diraikan dan setiap langkah ke hadapan dilalui bersama.