SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow EDUSPARK 2026: Pelajar Sebagai Ejen Perpaduan, Pemacu Pembangunan Mampan

EDUSPARK 2026: Pelajar Sebagai Ejen Perpaduan, Pemacu Pembangunan Mampan

Maklumat Program

Tarikh Program 16-08-2026
WhatsApp Image 2026 08 16 At 170405

16 Ogos 2026, Kuala Lumpur - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Penutupan Program Eduspark 2026 di Universiti Malaya.

Program yang berlangsung selama dua hari ini dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia melibatkan  200 pelajar. Diketuai oleh Sekretariat Kesukarelawanan Universiti Malaya (SEKRUM), EduSpark 2026 mengangkat semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan perpaduan, di samping memberi pendedahan serta motivasi kepada pelajar dalam meneroka potensi diri dan hala tuju pendidikan.

Lebih daripada sekadar sukarelawan, pelajar hari ini merupakan Ejen Perpaduan anak muda yang membawa nilai saling menghormati, empati, kerjasama dan semangat kebersamaan ke dalam masyarakat. Melalui Eduspark 2026, golongan mahasiswa diberi ruang untuk turun ke lapangan, memahami realiti komuniti dan menjadi penghubung yang merapatkan perbezaan serta memperkukuh keharmonian masyarakat.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan dan SDG 17: Kerjasama demi Matlamat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet