Tarikh Program | 14-08-2023 |
14 Ogos 2023, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah melancarkan Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur. Program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam diri murid sekolah dan menjadikannya sebahagian daripada sikap dan tingkah laku seterusnya mengukuhkan lagi semangat jati diri serta semangat cintakan negara. Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah juga telah ditubuhkan dalam usaha menyemarakkan lagi pelaksanaan program-program yang berteraskan kepada Rukun Negara. Sehingga kini terdapat 6,849 Kelab Rukun Negara di seluruh negara. Dalam program yang sama, YB Datuk Aaron turut melancarkan Buku Malaysia Tanah Airku terbitan Arkib Negara Malaysia yang akan diedarkan kepada sekolah- sekolah di seluruh negara sebagai rujukan guru dan pelajar mengenai Rukun Negara.