SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026

Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026

Maklumat Program

Tarikh Program 24-06-2026
WhatsApp Image 2026 06 24 At 142938 2

24 Jun 2026, Johor Bahru - Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia memberi tumpuan kepada tiga langkah strategik bagi memperkukuh serta mentransformasikan sektor permuziuman negara agar kekal relevan dan berdaya saing. Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri  Perpaduan Negara ketika merasmikan Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026.

Tiga langkah strategik tersebut adalah pertama, memperkenalkan Geran Padanan Muzium bagi memperkasa pembangunan sektor permuziuman serta kedua, penggubalan Rang Undang-undang Muzium Malaysia (RUUMM) bagi memperkukuh tadbir urus sektor permuziuman negara. Ketiga, Kerajaan MADANI telah meluluskan pembangunan Muzium Alam Semula Jadi Malaysia di Putrajaya sekali gus merealisasikan hasrat yang telah dirancang sejak tahun 1989.

Sehingga kini, Muzium Alam Semula Jadi menyimpan sebanyak 76,666 spesimen, merangkumi 73,934 koleksi zoologi, 2,075 koleksi botani dan 657 koleksi geologi. Koleksi ini bukan sahaja mempunyai nilai saintifik  yang tinggi, malah menjadi sumber rujukan penting dalam usaha penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan warisan alam negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet