| Tarikh Program | 08-11-2025 |
8 November 2025, Kuala Lumpur - YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Festival Warisan Budaya Malaysia 2025 anjuran NGO Family of Charity hari ini.
Festival ini menjadi platform memperkukuh semangat perpaduan melalui kefahaman dan penghargaan terhadap warisan budaya pelbagai kaum. Ia juga menyemarakkan aktiviti sosial, pelancongan dan ekonomi komuniti setempat. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil Duta Besar Indonesia serta aktiviti menyantuni anak-anak yatim dari Bukit Beruntung, lambang kasih, empati dan semangat perpaduan yang kita junjung bersama.
Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyokong peranan NGO sebagai rakan strategik melalui Pelan NGO Rakan Perpaduan Friends of Unity (FoU) dalam memperkasa agenda perpaduan nasional.