Tarikh Program | 19-08-2023 |
19 Ogos 2023, Putrajaya -Acara Flag Off Konvoi Perpaduan Malaysia MADANI yang diadakan selama dua (2) hari bermula 19 Ogos hingga 20 Ogos 2023 yang melibatkan 4 lokasi utama iaitu Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Persatuan Wira Air (PERWIRA) dalam aktiviti kemasyarakatan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan di samping memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa sempena kemerdekaan negara.