Galeri UNITI Keluarga Malaysia di Berjaya Times Square
Maklumat Program
Tarikh Program |
04-11-2022 |
6 November 2022, Kuala Lumpur - Galeri UNITI Keluarga Malaysia telah berlangsung selama 3 hari dari 4 hingga 6 November 2022 di Berjaya Times Squares, Kuala Lumpur. Pelaksanaan Program yang bertemakan galeri ini adalah untuk menghimpunkan momen-momen perpaduan dalam bentuk galeri agar dapat menjadi tapak integrasi kepelbagaian kaum dan budaya. Pengisian dan aktiviti yang diselitkan bersama ialah penterjemahan kepada keistimewaan dan keunikan yang ada di Malaysia supaya lebih ramai generasi baru mahupun lama didedahkan dengan tradisi dan dapat mengimbau kembali nostalgia lama.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pada 4 November 2022. Datuk Halimah Mohamed Sadique, YB Menteri Perpaduan Negara turut menyerahkan momento Friends Of Unity kepada Rakan Strategik Perpaduan Berjaya Corporation Berhad pada Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia.
Turut hadir Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, YB Senator Datuk Seri Hajjah Zurainah Musa,Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs.Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Hajah Norison Ramli dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.