International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023
Maklumat Program
Tarikh Program |
16-07-2023 |
16 Julai 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 dengan tema ‘Working Towards a Respectful and Cohesive Society’.
Konferens ini merupakan usaha berterusan yang bermatlamat membincangkan isu dan penyelesaian terhadap keamanan dan keharmonian antara para penganut agama bagi mewujudkan suasana masyarakat yang lebih hormat-menghormati dan bersatu-padu di dunia.
Ianya sejajar
dengan dasar perpaduan Malaysia yang berusaha untuk memupuk, mengukuhkan, dan memelihara perpaduan melalui strategi-strategi khusus agar ianya dilestarikan serta tidak hilang dalam budaya dan kehidupan seharian masyarakat.