Tarikh Program | 14-10-2022 |
16 Oktober 2022, Putrajaya - Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 17 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka. Kementerian Perpaduan Negara menerima lawatan daripada Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, YB Tuan Ngwe Hee Sem dan Pengarah Perpaduan Negeri Melaka, Puan Intan Suhana Yusoff bagi meluangkan masa menyambut pengunjung yang hadir. Pelbagai jenis aktiviti, permainan dan pameran momen-momen UNITI disediakan untuk semua pengunjung yang hadir.