Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak
Maklumat Program
Tarikh Program |
01-07-2022 |
3 Julai 2022, Perak - Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah berlangsung pada 1-3 Julai 2022 di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, Perak. Perbagai aktiviti jualan dan pameran dari Kementerian dan jualan industri kecil sederhana (IKS) juga diadakan.
Reruai Kementerian Perpaduan Negara dimeriahkan dengan kunjungan orang ramai yang menyertai Kuiz Roda Perpaduan. Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama mengambil peluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat di sini.
Pada hari ketiga program, Majlis Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Selepas merasmikan acara penutupan YAB Perdana Menteri beramah mesra bersama para pengunjung yang teruja berjumpa Perdana Menteri hari ini.