| Tarikh Program | 26-07-2026 |
26 Julai 2026, Terengganu- Seramai 50,000 orang pengunjung dijangka hadir untuk memeriahkan Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 bermula 25 Julai hingga 1 Ogos 2026 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, hari ini.
Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) ini merupakan satu platform komuniti yang menghimpunkan ilmu, budaya, seni, warisan, pendidikan dan khidmat masyarakat dalam satu ruang yang terbuka, santai dan inklusif.
Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti, menambah koleksi bacaan serta memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak, keluarga dan komuniti setempat.