SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow KARNIVAL TAHUN BARU CINA PEKAN ARAU 2024

KARNIVAL TAHUN BARU CINA PEKAN ARAU 2024

Maklumat Program

Tarikh Program 03-02-2024
425722497 806551231509506 6425681303395740749 N

03 Februari 2024, Perlis – Telah berlangsung Perasmian Karnival Tahun Baru Cina Pekan Arau 2024 dimana DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Karnival Tahun Baru Cina 2024 di Pekan Lama, Arau, Perlis. Turut berangkat YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir sama, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBhg Dato' Hj. Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara Malaysia, YBhg Dato' Jaafar Sidek bin Abdul Rahman, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta YBhg Puan Hanita binti Ahmad, BKM Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis.

Karnival anjuran Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis ini merupakan inisiatif DYTM Tuanku Raja Muda Perlis untuk mengindahkan dan memeriahkan Pekan Lama Arau, Perlis disamping bersempena “Tahun Melawat Perlis 2024-2025". Turut menyumbang pelbagai syarikat swasta.

Karnival ini adalah untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara warga Perlis, malah memberi peluang kepada warga Perlis untuk memahami budaya kaum Cina. Kerjasama rapat antara Kerajaan Negeri dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis pasti akan memajukan kemakmuran industri pelancongan Negeri Perlis. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan Simbolik Perasmian Karnival Tahun Baru Cina Pekan Arau 2024.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang karnival tersebut seperti Tarian & Persembahan Lagu Tradisional, Tarian Singa & Naga, Pertandingan Menyanyi Lagu Tahun Baru Cina, Zoo Mini, Permainan Tradisional, Trak Makanan, Gerai Jualan & Mainan, Cabutan Bertuah, serta Pertunjukan Bunga Api dan sebagainya.

Pada majlis ini YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut membuat penampilan khas dimana telah melancarkan lagu Mencintaimu yang telah dicipta oleh komposer terkenal iaitu LY dan Baiduri.

Hadir sama YBhg En Zaimy Bin Shaari Setiausaha Bahagian Kementerin Perpaduan Negara, Dr Nazira binti Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Abdul Jabar bin Mohd Ridi Pengarah Arkib Kedah / Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Wakil-Wakil Jabatan Negeri, dan Persekutuan serta Wakil-Wakil yang terlibat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet