Tarikh Program | 05-12-2022 |
5 Disember 2022, Putrajaya - Pada 5 Disember 2022, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah memulakan tugas di pejabat Menteri dan turut menghadiri sesi taklimat bersama Pengurusan Tertinggi KPN. Kehadiran YB Menteri telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs. Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), YBhg. Dato' Hajah Norison Ramli serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.